Friday, February 3, 2012

Novel 4-Kulinari Cinta Kimchi..(Prolog)

Ms Novelist say : Thanks For reading!



PROLOG
Langit di luar semakin gelap. Aku segera keluar ke balkoni untuk mengangkat baju yang disidai petang tadi.

"Aish.. Baru je sidai tadi... Dah kene angkat pulak.. Kacaulah hujan ni.."
Aku segera mengangkat kesemua kain yang disidai dan letakkannya di dalam bakul. Aku menyorong bakul baju yang separuh basah itu ke dalam rumahku.

"Ish.. kalau tau petang ini hujan, taklah aku plan nak basuh baju banyak-banyak.." Aku mengeluh sambil menongkat dagu. Pandanganku teralih pada bakul yang berada di tepi sofaku.

Hurm...
Aku mengeluh lagi. Ternyata kepenatan ini sungguh ketara, lagi-lagi selepas segala kerja kursus semester akhir ku sudah berakhir.

Fuh~ rasa lega sikit bila dah siap..

"Neo gateun sarang tu eopseo.."


Handphone ku berbunyi lagu No Other daripada Super Junior. Aku menjeling untuk melihat siapa yang menelefon aku. Senyuman terukir lebar apabila ku melihat nama Ji Eun pada skrin.

"Annyeong, Jieun.." Ak menyapa Ji Eun menggunakan bahasanya. Suara comelnya di talian membuatkan mood aku yang kurang baik tadi pulih semula.

"Annyeong, unnie.. Unnie masih di apartment ke?" Jieun bertanya padaku. Jieun setahun muda daripadaku tapi dia panggil aku Unnie yang bermaksud kakak.

"Ya.. Kenapa Jieun?"

"Oppa, balik dari US harini. Unnie nak ikut kami jemput Oppa tak?" Jien bertanya kepadaku.

"Pukul berapa Oppa sampai nanti?" Aku melihat pada jam dinding. Jam menunjukkan pukul 2 ptg.

"Dalam setengah jam lagi.. Jomlah unnie.. Oppa mesti rindu Unnie.."

Aku terdiam,teringat kisah kami berdua. Pipiku terasa panas mengenangkan senyuman manis dan lirikan mata lelaki yang berjaya mencuri hatiku itu.

Aik? jiwang pulak?

"Jomlah Unnie.." Jieun merengek.

"Tapi..."

"Takde tapi-tapi..Unnie mesti ikut, kalau tak, Oppa akan masuk tingkap apartmen Unnie macam dia buat dulu...haha.. Pilihan Unni..."

Aku terbayang waktu itu..

Ish... Xnk aku.. tetibe saje ad orang masuk ke dalam rumahku...

"Okay... Unnie ikut, Taknak Unnie tengok Oppa kau masuk rumah ikut tingkap lagi..."
Suara ketawa Jieun menandakan yang dia cukup berpuas hati..

"Okay.. Jumpa Unnie dalam setengah jam lagi... Anneyong~"

"Annyeong~" Talian telefon dimatikan. Aku bangun dan melihat ke arah bantal peluk berwarna merah yang diberi oleh dia..

Layakkah aku untuk dia?
Masih adakah ruang hatinya untukku bertandang setelah apa yang berlaku?

No comments:

Post a Comment