Friday, February 3, 2012

Kulinari Cinta Kimchi (Chapter 2)

Ms Novelist say : Thanks For reading!

Setelah dua minggu aku berperah otak, kini exam final dah habis! Yay! Aku boleh bernafas lagi..

Haha..
Sekarang tinggal berdoa je dapat pointer 3.0 dan keatas untuk President list. Boleh dapat peluang menjadi pelajar tukaran ke luar negara..

Syoknya!

Aku rasa dalam hidup ak, inilah kali pertama aku betul2 buat yang terbaik dalam benda yang aku minat. Selalunya, buat ala kadar je.. x sangka semua berjalan dengan lancar.

Walaupun subjek Akaun agak susah nak score, namun, aku gagahkan diri gak mengacau kawan baik aku, Nira agar ajar aku akaun sampai pandai.

Kene tahanlah rungutan dia, nak berjaya punya pasal!

Ada jugak di antara rakan-rakan kelas aku yang tak hadir time exam minggu tu. Mungkin diorang takut nak jawab, ataupun pening kepala..nak jawab..

Tak taulah...

Apapun, minggu ni, aku akan ke kolej untuk mengambil keputusan peperiksaan aku. Apapun keputusannya, aku akan terima dengan sabar..

Ei~ tak sabarnya..

PADA HARI PENERIMAAN KEPUTUSAN
Ramai pelajar Kolej Essesntials yang datang pada hari ini. Memandangkan hari ini adalah hari Khamis, ramai pelajar dari section Culinari dan Hospitality memakai pakaian "Black and white" sebagai tanda hari formal.

Semua pelajar beratur megikut mentor masing-masing untuk melihat keputusan mereka. Ada yang berdebar, ada yang menangis dan ada yang gembira sampai terjerit-jerit seperti tidak percaya apabila melihat keputusan mereka.

Hana, Rania, Zana dan Nadia adalah antara pelajar yang berdebar-debar beratur. Mereka dapat melihat ada di antara rakan mereka yang gagal dan menangis terduduk apabila mendapat keputusan mereka.

Debaran kian terasa apabila barisan bergerak dan mereka semakin ke depan, dekat dengan mentor mereka yang memegang keputusan yang bakal menentukan hidup mereka lepas ni...

"Rania Zaidan.." Rania mengangkat muka pabaila namanya di panggil. Dia memandang Hana, Nadia, dan Zana dengan pandangan takut.

"Pergilah, everything's gonna be okay.." Hana berkata, menyedapkan hatinya.

"Yelah.. janganlah takut sangat. " Nadia memberi semangat pada Rania.

"Go for it.. Be cool..." Zana tersenyum ke arah Rania.

Rania mengangguk dan menarik nafas panjang..

"Here we go..."

Setelah melihat Rania selesai mengambil keputusan,  mereka berdebar melihat wajah Rania yang tanpa senyuman.

"Macamnana?" Hana bertanya.

"Aku kene jumpa chef Ling. Kejap ye?" Rania terus berlalu, meninggalkan mereka bertiga dengan keadaan terpinga-pinga.

"Hannah Farhana Zaidi?" Hana berpaling apabila namanya disebut..

"Aku pergi dulu.. Nama aku dah disebut tu..." Hana pergi ke meja chef itu..

"Ya, chef?" Chef Hafiz memandang Hana dengan pandangan yang begitu lain sekali.

"Hana.. keputusan awak...." Hana terus memandang tanpa berkelip pada chef Hafiz apabila keputusannya di beritahu....



HANA POV
Aku kini berada di dalam bilik chef bersama Fariz dan Rania. Hatiku berdebar apabila Chef Hafiz mengumumkan keputusanku.

Kenapa?

Sebab dia tak bagitahu keputusanku. Dia hanya suruh aku pergi ke pajabat chef je. Dengan hati yang berdebar-debar bercampur dengan berbagai perasaan yang bercampur baur, aku duduk di antara Rania dan Fariz. Mereka pun seperti keliru kenapa mereka perlu berada di sini.

"Kau dapat apa?" Rania bersuara pada aku.

"Tak tau. Chef suruh aku pergi ke bilik ni je. Tak bagitahu pun apa keputusan aku..." Aku menjelaskan.

Suasana bilik Timbalan Dekan ini agak menyeramkan. Yelah, orang yang mempunyai personaliti seperti encik Haris pasti mempunyai citarasa yang begini.

Semua barangnya di dalam bilik ini berwarna gelap.

Menyeramkan...

Pandangan kami bertiga beralih ke arah pintu apabila mendengar pintu dibuka. Sebatang tubuh kurus tinggi memakai kot dan baju kemeja putih serta seluar slack muncul selepas pintu dibuka.

Itulah Encik Haris..

"En. Haikal Fariz, Cik Rania dan Cik Hana kan?" Kami bertiga mengangguk apabila ditanya olehnya.

Encik mengambil tempat dihadapan Fariz sambil menyemak satu demi satu fail yang ada di atas meja..

" Disebabkan awak bertiga telah megekalkan kedudukan awak di President list hingga ke semester ini, pihak Kolej akan memberi sedikit kejutan sebagai hadiah untuk anda kerana berjaya sekali lagi berada di top 10 president list kami.."

En. Haris meyemak satu sampul surat dan mengeluarkan 3 keping lagi sampul surat dari sampul surat besar tadi.

"Kamu bertiga akan mendapat tawaran untuk menjadi pelajar pertukaran ke luar negara untuk menyambung pelajaran anda."

"Betul ke?" Fariz bertanya.

"Ya, En. Fariz. Ini bukan cobaan ataupun penipuan. ini diasurat dari tiga jenis universiti yang menawarkan surat untuk menerima pelajar tukaran dari kolej kita ke tempat mereka.." En. Hariz menghulurkan sampul ke pada kami.

Aku membuka sampul. Belum sempat aku keluarkan sampul, Rania dah menjerit di sebelahku. Matanya bersinar, gembira dengan apa yang ditulis di dalamnya.

"Aku akan ke Paris untuk meneruskan jurusan fesyen aku disana! Kau, Fariz?" Rania memandang Fariz yang duduk bersandar, bagai lega dengan isi kandungan surat itu..

" Aku dapat ke London untuk jurusan Multimedia Engineering aku.." Fariz menarik nafas lega.

Setelah itu, mereka berdua memandang ke arahku..

"Hana pulak?" mereka memandangku.

"Yelah.. Mesti Hana pergi China kan? China kan terkenal sebagai negara yang mempunyai sejarah kulinari selama 4,000 tahun..."

"Hana tak baca lagi..." Aku menelan air liur.

"Cepatlah baca, tak sabar nak tahu ni..."

Aku mengangguk dan membuka sampul surat itu..

Seperti biasa, alamat san tajuk seperti yang berada di dalam surat kiriman rasmi..

Scholarship Offer To Study at Le Cordon Bleu-Sookmyunng Academy.

Here stated that Miss Hannah Farhana Zaidi is given a scholarship from Le Cordon Bleu-Sookmyung Academy in Seoul South Korea, for her excellence cooking skills and her outsatnding marks in her exam. Able to stay in the President's List for a long time, she is given a scholarship by this academy  for her outstanding.


To be informed that she will be staying at our own hostel that was not far from the academy and the facilites will be provided according to her choice of a hostel.


With this, we insert her scholarship offer letter and the list she needs to know about the academy.
Any questions or enquiries, she can emailed us at www.cordonbleu.edu, com.


We welcome you, Miss Hannah Farhana to our academy and we will make sure you will walk out from this academy with excellence perforemances and glory..


Thank You,


 Lee Soori,
The Dean of Le Cordon Bleu-Sookmyung Academy..

Aku terpana. Korea Selatan? Aku bakal belajar di Korea Selatan? Satu-satunya tempat yang ku idam-idamkan untuk pergi selama ini dan kini aku akan belajar di sana?

Ini mesti mimpi.. Tapi macam realiti je...

"Hana? Hello??" Aku mengelipkan kelopak mataku apabila terasa seperti ada tangan yang megipas di depan mukaku.

"Termenung lagi.. ish..." Aku melihat Fariz tersengih lagi. Aku melihat yang Encik Hariz dan Rania juga menoleh ke arahku.

"Aku dapat pergi Korea Selatan..." Mata Rania membulat sambil melihat ke arahku.

"Betul? Wah! Bertuahnya... Berada di negara yang sama dengan Nickhun.." Rania berangan akan lelaki idaman daripada kumpulan idola 2PM itu.

Aku dan Rania memang hantu KPOP, so bila dapat tawaran belajar ke Korea Selatan, ia macam bulan jatuh ke riba.

Syok kn?

"Baiklah.. Bulan depan kita akan buat briefing untuk anda. Wakil setiap kolej anda akan datang dan menerangkan segalanya pada anda bertiga. Jangan tak datng pulak..." Kami mengangguk.

"Anda bertiga boleh beredar sekarang.." Kami mengucapkan terima kasih dan keluar dari bilik itu.

Bila keluar je....

Ahhh!!!!!!

Wah!!!!!!

Yay! yay!

Ya... bunyi tu kami bertiga yang buat...

"X sangka dapat sambung belajar. Dahlah free, pastu dapat ke negara yang kita bertiga suka pulak tu..." Rania memeluk kertas yang diberi tadi dengan muka yang gembira.

"Tau takpe. This is the life..." Aku berkata pada mereka.

Perasaan gembiraku membuak-buak apabila ditawarkan ke Korea Selatan. Sudah lama ku idam hendak menjejakkan kaki ke negara Kimchi itu tapi selalu masa tidak mengizinkan.

"Jomlah.. tak sabar nak bagitau mereka yang lain.. Jom..." Aku mengangguk dan mengikut jejak Rania yang meloncat kegembiraan...

No comments:

Post a Comment