Ms Novelist say : Thanks For reading!
CHAPTER 1- BERMULANYA DI SINI...
"Hana.. Kau nak buat apa lepas SPM ni?" Zani bertanya padaku. Aku yang sedang duduk membaca buku sains tambahan berpaling padanya.
"Aku? Aku ingat nak amik course memasak lah.. Seni Kulinari.." Zani menagangguk.
"Aku ingat kau nak jadi cikgu English, yelah.. English ko kan terbaik..." Zani tersengih pada aku..
"Memanglah.. tapi minat aku lebih kepada memasak. Kau pulak?"
"Aku? Aku ingat nak masuk kursus business management. Kau kan tahu, aku suka bab-bab business ni.."
"Haha.. Kau memang. Sama-samalah kita berdoa kan? Agar course yang kita pilih ni dapat kita capai sebagai cita-cita kita..."
Aku mengangguk dan tersenyum memikirkan tentang course seni kulinari yang akan ku pilih selepas tamat SPM nanti..
WOI!!!!
"Mak kau! Aish...." Hana menjeling ke arah rakannya, Fariz yang kini tersengih ala kerang busuk setelah menyergah dirinya yang sedang berada di alam fantasi.
"Tu lah.. Berangan je. Tengok tu, jerawat pun jadi banyak nanti.." Fariz menyengih sambil mengambil tempat di hadapan Hana.
"Kau ni.. Aku baru je tengah mengimbas masa lalu aku, sibuk jer.." Hana protes. Dia sedang sedap melayan mimpi apabila si Fariz datang mengacau.
"Tak payah mimpi sangatlah. Belum tentu jadi pun.. Yang jadi jerawat je.." Hana menjeling ke arah Fariz. Fariz tidak mempedulikan jelingannya. Dia hanya memandang pada sekeliling.
Ramai pelajar yang berada di perpustakaan hari ini. Peperiksaan akhir makn hampir dan semua rakan-rakan mereka yang berada di dalam kursus yang sama sibuk mengulang kaji.
"Eh.. aku ingat nak buat group studylah macam sem 1 dulu. Kita dah lama tak buat group study kan?" Fariz mencadangkan kepada Hana yang sedang membelek buku mengenai masakan Thailand.
"Boleh je.. Lagipun lecturer kita kan banyak yang sibuk dengan kertas soalan. Chef Aliana dengan Chef Jasmine dah buat Revision kitchen dah minggu lepas.. Ko ajaklah yang lain sekali.."
Hana meyelak lagi buku di hadapannya.
"Kalau ko okay, ak pun okay. Nanti aku cuba bgtau diorang okay? Kau pun... ajaklah Nadia dengan Zana sekali."
"Okay..Bila ko nak buat?"
"Aku ingat sabtu ni, sebab sabtu depan kita ada event, lagipun minggu depan dah nak dekat exam kitchen kita..."
"Hurm.. Rasanya aku free sabtu ni, tapi xtaulah diorang. Nanti aku call okay?"
Fariz mengangguk.
"Eh.. jom makan. aku laparlah.." Fariz memandang ke arah Hana dengan mukanya yang lapar.
"Lah.. Ko tak makan ke tadi? Ak ingat ko dah makan dengan Mira tadi.." Hana mengangkat kepala memandang kepada Fariz.
"Itu dengan Mira. Sekarang aku nak makan dengan ko plak. Makan dengan dia x bestlah. Makan tu gemuk, makan ni gemuk.. Nk makan pun susah..."
Hana menggeleng kepala..
"Yelah.. Jom.. Karang kalau ko mati kelaparan kat sini, aku jugak yang dipersalahkan.. Lagipun aku tak minum petang lagi..." Hana berkemas. Dia bangun dan meletakka kembali buku tadi ke rak buku berhampiran dengan tempat duduknya.
'Dah.. Jom..." Fariz bangun dengan senyuman tersembunyi dan berjalan bersama Hana keluar dari library untuk minum petang..

No comments:
Post a Comment