Friday, February 3, 2012

Kulinari Cinta Kimchi (Chapter 3)

Ms Novelist say : Thanks For reading!

Kini aku di dalam penerbangan menuju ke negara kelahiran Kimchi itu. Aku mendapat tempat di dalam penerbangan kelas pertama. Seat di sebelahku kosong, menandakan sama ada ia kosong atau penumpangnye cancel flight..


Yahoo! Ku akan terbang ke Seoul, Korea Selatan


Fly to Seoul nawa Let's dance dance (wanna get)
Boom Boom Boom hamkke jeulgyeo sinnage bamsaedorok
Fly to Seoul nawa Let's dance dance (wanna get)
Boom Boom Boom hamkke jeulgyeo sinnage bamsaedorok
Dugeun dugeun dugeun dugeun dugeun daeneun nat
Panjjak panjjak panjjak panjjak panjjak ineun bam
Neoman neoman neoman neoman neoman julge nal
Welcome to Seoul again & again



Hahaha.. Teringat lagu 2PM Fly To Seoul pulak..



Aku terus mencapai pemain mp3 yang berada di dalam beg dan hidupkan. Aku scroll down lagu Fly To Seoul dan pakaikan headphone pada telingaku. Headphone pink ini adalah hadiah dari Camelia buatku atas kejayaan ku..
Camelia adalah rakan baikku yang berdarah kacukan Cina dan Melayu..

Ku sarungkan headphone itu dan terus menjiwai lagu itu. Lama-kelamaan mataku rasa sangat berat dan aku rasa sangat mengantuk..

Tanpa ku sedar, aku terlelap dengan kepalaku bersandar pada sisi kerusi itu, sambil memasang mp3 ke telingaku..

"Hana, right? Me, Junsu..."

Aku masuk ke kelas pertama pada hari ini.Aku melihat muka-muka yang ku kenali di dalam kelas. Nichkhun, Junsu, Siwon, Yesung, Jaejoong and ramai lagi idol korea yang terkenal..

Mereka menyapaku dengan senyuman dan teguran yang mesra. Aku rasa selesa sangat.

Ak mengambil tempat baris kedua dari meja pensyarah. Di hadapanku ada Ryeowook yang sedang membaca buku manakala si Sungmin yang sedang menyiapkan latihan.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang tinggi lampai yang bekulit putih susu, masuk ke dalam kelas. Semua pelajar duduk di tempat masing-masing. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Lee SookJoo, pensyarah untuk kelas Pastry nanti.

Kemudian dia mengedarkan helaian kertas agar di agihkan oleh kami sama rata. Ia merupakan kertas silibus tajuk dan takwim semster yang bakal kami hadapi. Sebaik sahaja aku medapat kertas itu, aku menyerahkan pada orang di sebelah kiriku. Apabila aku menoleh, aku terkejut..

Dia... Dia... Disebelah ku... Dia adalah...


Yah...!
Bam!!

Ouch.. Sakit kepalaku. Aku terhantuk ke? Kenapa macam lain je rasanya.?

Kenapa jantung aku berdegup kencang ni? 
Kejap... Jantung aku ok je.. Tp kenapa rasa macam jantung laju je?

Bau minyak wangi apa ni?

"neo mwohaneungeoya?" Aku terdengar seseorang menuturkan bahasa yang aku kenali.

Aku mendongakkan kepalaku.. Mataku terbeliak apabila aku mendongakkan kepalaku..
Rona warna berwarna coklat muda memandang ke arahku. Kulitnya seputih susu, berbeza dengan kulit lelaki Malaysia yang sawo matang.
 Rambutnya berwarna coklat muda, hampir sama dengan warna matanya.
Pada masa itu,ku sedari yang aku secara tidak sedar telah 'mendarat ke pangkuannya " dengan kepalaku di dadanya secara tidak sengaja.

"Ahhh~ So..so..sorry.. I don't know. I didn't see you there.." Aku meminta maaf kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut memandangku dengan pandangan pelik.

"You are not korean?" Dia bertanya..
"No.. I am a Malaysian. Are you Korean?" Dia menganggukkan kepalanya.
"Can you speak Hangul?"
"naneun hangeul egejogeum malhal su issseubnida.(Saya boleh bertutur sedikit bahasa hangul..)" Aku menjawab soalannya.
"Good. You gonna need it if you are studying here. Most Korean are not good in speaking English.. I suggest you polish on your hangul..." Dia memberi nasihat kepadaku.
"I'm gonna sleep now. Don't trampled your head on me again,okay?"
Dia menurunkan kerusinya untuk tidur.

ApA? Dia suruh aku jangan jatuhkan lagi badan aku kat dia? Dia ingat aku sengaja ke nak buat macam tu? Ei.. Dia ingat dia tu hensem sangat? Ish... Sukati engkaulah. Malas nak dilayan..

Aku memandang si dia yang sedang tidur memandang ke arah sana.

"Tidak apa, En.Sombong. Lepas je flight ni kita takkan jumpa lagi. Tak payah risaukan kepala saya yang berat ni jatuh atas badan awak ye?"

Ak melihat si dia tidur lena diulit mimpi.

Di benakku berbisik, ternyata lelaki Korea nampak comel dan suci apabila tidur.
Comel pulak dia ni bila tidur.. Jerit benakku..

Kulinari Cinta Kimchi (Chapter 2)

Ms Novelist say : Thanks For reading!

Setelah dua minggu aku berperah otak, kini exam final dah habis! Yay! Aku boleh bernafas lagi..

Haha..
Sekarang tinggal berdoa je dapat pointer 3.0 dan keatas untuk President list. Boleh dapat peluang menjadi pelajar tukaran ke luar negara..

Syoknya!

Aku rasa dalam hidup ak, inilah kali pertama aku betul2 buat yang terbaik dalam benda yang aku minat. Selalunya, buat ala kadar je.. x sangka semua berjalan dengan lancar.

Walaupun subjek Akaun agak susah nak score, namun, aku gagahkan diri gak mengacau kawan baik aku, Nira agar ajar aku akaun sampai pandai.

Kene tahanlah rungutan dia, nak berjaya punya pasal!

Ada jugak di antara rakan-rakan kelas aku yang tak hadir time exam minggu tu. Mungkin diorang takut nak jawab, ataupun pening kepala..nak jawab..

Tak taulah...

Apapun, minggu ni, aku akan ke kolej untuk mengambil keputusan peperiksaan aku. Apapun keputusannya, aku akan terima dengan sabar..

Ei~ tak sabarnya..

PADA HARI PENERIMAAN KEPUTUSAN
Ramai pelajar Kolej Essesntials yang datang pada hari ini. Memandangkan hari ini adalah hari Khamis, ramai pelajar dari section Culinari dan Hospitality memakai pakaian "Black and white" sebagai tanda hari formal.

Semua pelajar beratur megikut mentor masing-masing untuk melihat keputusan mereka. Ada yang berdebar, ada yang menangis dan ada yang gembira sampai terjerit-jerit seperti tidak percaya apabila melihat keputusan mereka.

Hana, Rania, Zana dan Nadia adalah antara pelajar yang berdebar-debar beratur. Mereka dapat melihat ada di antara rakan mereka yang gagal dan menangis terduduk apabila mendapat keputusan mereka.

Debaran kian terasa apabila barisan bergerak dan mereka semakin ke depan, dekat dengan mentor mereka yang memegang keputusan yang bakal menentukan hidup mereka lepas ni...

"Rania Zaidan.." Rania mengangkat muka pabaila namanya di panggil. Dia memandang Hana, Nadia, dan Zana dengan pandangan takut.

"Pergilah, everything's gonna be okay.." Hana berkata, menyedapkan hatinya.

"Yelah.. janganlah takut sangat. " Nadia memberi semangat pada Rania.

"Go for it.. Be cool..." Zana tersenyum ke arah Rania.

Rania mengangguk dan menarik nafas panjang..

"Here we go..."

Setelah melihat Rania selesai mengambil keputusan,  mereka berdebar melihat wajah Rania yang tanpa senyuman.

"Macamnana?" Hana bertanya.

"Aku kene jumpa chef Ling. Kejap ye?" Rania terus berlalu, meninggalkan mereka bertiga dengan keadaan terpinga-pinga.

"Hannah Farhana Zaidi?" Hana berpaling apabila namanya disebut..

"Aku pergi dulu.. Nama aku dah disebut tu..." Hana pergi ke meja chef itu..

"Ya, chef?" Chef Hafiz memandang Hana dengan pandangan yang begitu lain sekali.

"Hana.. keputusan awak...." Hana terus memandang tanpa berkelip pada chef Hafiz apabila keputusannya di beritahu....



HANA POV
Aku kini berada di dalam bilik chef bersama Fariz dan Rania. Hatiku berdebar apabila Chef Hafiz mengumumkan keputusanku.

Kenapa?

Sebab dia tak bagitahu keputusanku. Dia hanya suruh aku pergi ke pajabat chef je. Dengan hati yang berdebar-debar bercampur dengan berbagai perasaan yang bercampur baur, aku duduk di antara Rania dan Fariz. Mereka pun seperti keliru kenapa mereka perlu berada di sini.

"Kau dapat apa?" Rania bersuara pada aku.

"Tak tau. Chef suruh aku pergi ke bilik ni je. Tak bagitahu pun apa keputusan aku..." Aku menjelaskan.

Suasana bilik Timbalan Dekan ini agak menyeramkan. Yelah, orang yang mempunyai personaliti seperti encik Haris pasti mempunyai citarasa yang begini.

Semua barangnya di dalam bilik ini berwarna gelap.

Menyeramkan...

Pandangan kami bertiga beralih ke arah pintu apabila mendengar pintu dibuka. Sebatang tubuh kurus tinggi memakai kot dan baju kemeja putih serta seluar slack muncul selepas pintu dibuka.

Itulah Encik Haris..

"En. Haikal Fariz, Cik Rania dan Cik Hana kan?" Kami bertiga mengangguk apabila ditanya olehnya.

Encik mengambil tempat dihadapan Fariz sambil menyemak satu demi satu fail yang ada di atas meja..

" Disebabkan awak bertiga telah megekalkan kedudukan awak di President list hingga ke semester ini, pihak Kolej akan memberi sedikit kejutan sebagai hadiah untuk anda kerana berjaya sekali lagi berada di top 10 president list kami.."

En. Haris meyemak satu sampul surat dan mengeluarkan 3 keping lagi sampul surat dari sampul surat besar tadi.

"Kamu bertiga akan mendapat tawaran untuk menjadi pelajar pertukaran ke luar negara untuk menyambung pelajaran anda."

"Betul ke?" Fariz bertanya.

"Ya, En. Fariz. Ini bukan cobaan ataupun penipuan. ini diasurat dari tiga jenis universiti yang menawarkan surat untuk menerima pelajar tukaran dari kolej kita ke tempat mereka.." En. Hariz menghulurkan sampul ke pada kami.

Aku membuka sampul. Belum sempat aku keluarkan sampul, Rania dah menjerit di sebelahku. Matanya bersinar, gembira dengan apa yang ditulis di dalamnya.

"Aku akan ke Paris untuk meneruskan jurusan fesyen aku disana! Kau, Fariz?" Rania memandang Fariz yang duduk bersandar, bagai lega dengan isi kandungan surat itu..

" Aku dapat ke London untuk jurusan Multimedia Engineering aku.." Fariz menarik nafas lega.

Setelah itu, mereka berdua memandang ke arahku..

"Hana pulak?" mereka memandangku.

"Yelah.. Mesti Hana pergi China kan? China kan terkenal sebagai negara yang mempunyai sejarah kulinari selama 4,000 tahun..."

"Hana tak baca lagi..." Aku menelan air liur.

"Cepatlah baca, tak sabar nak tahu ni..."

Aku mengangguk dan membuka sampul surat itu..

Seperti biasa, alamat san tajuk seperti yang berada di dalam surat kiriman rasmi..

Scholarship Offer To Study at Le Cordon Bleu-Sookmyunng Academy.

Here stated that Miss Hannah Farhana Zaidi is given a scholarship from Le Cordon Bleu-Sookmyung Academy in Seoul South Korea, for her excellence cooking skills and her outsatnding marks in her exam. Able to stay in the President's List for a long time, she is given a scholarship by this academy  for her outstanding.


To be informed that she will be staying at our own hostel that was not far from the academy and the facilites will be provided according to her choice of a hostel.


With this, we insert her scholarship offer letter and the list she needs to know about the academy.
Any questions or enquiries, she can emailed us at www.cordonbleu.edu, com.


We welcome you, Miss Hannah Farhana to our academy and we will make sure you will walk out from this academy with excellence perforemances and glory..


Thank You,


 Lee Soori,
The Dean of Le Cordon Bleu-Sookmyung Academy..

Aku terpana. Korea Selatan? Aku bakal belajar di Korea Selatan? Satu-satunya tempat yang ku idam-idamkan untuk pergi selama ini dan kini aku akan belajar di sana?

Ini mesti mimpi.. Tapi macam realiti je...

"Hana? Hello??" Aku mengelipkan kelopak mataku apabila terasa seperti ada tangan yang megipas di depan mukaku.

"Termenung lagi.. ish..." Aku melihat Fariz tersengih lagi. Aku melihat yang Encik Hariz dan Rania juga menoleh ke arahku.

"Aku dapat pergi Korea Selatan..." Mata Rania membulat sambil melihat ke arahku.

"Betul? Wah! Bertuahnya... Berada di negara yang sama dengan Nickhun.." Rania berangan akan lelaki idaman daripada kumpulan idola 2PM itu.

Aku dan Rania memang hantu KPOP, so bila dapat tawaran belajar ke Korea Selatan, ia macam bulan jatuh ke riba.

Syok kn?

"Baiklah.. Bulan depan kita akan buat briefing untuk anda. Wakil setiap kolej anda akan datang dan menerangkan segalanya pada anda bertiga. Jangan tak datng pulak..." Kami mengangguk.

"Anda bertiga boleh beredar sekarang.." Kami mengucapkan terima kasih dan keluar dari bilik itu.

Bila keluar je....

Ahhh!!!!!!

Wah!!!!!!

Yay! yay!

Ya... bunyi tu kami bertiga yang buat...

"X sangka dapat sambung belajar. Dahlah free, pastu dapat ke negara yang kita bertiga suka pulak tu..." Rania memeluk kertas yang diberi tadi dengan muka yang gembira.

"Tau takpe. This is the life..." Aku berkata pada mereka.

Perasaan gembiraku membuak-buak apabila ditawarkan ke Korea Selatan. Sudah lama ku idam hendak menjejakkan kaki ke negara Kimchi itu tapi selalu masa tidak mengizinkan.

"Jomlah.. tak sabar nak bagitau mereka yang lain.. Jom..." Aku mengangguk dan mengikut jejak Rania yang meloncat kegembiraan...

Kulinari Cinta Kimchi (Chapter 1)

Ms Novelist say : Thanks For reading!



CHAPTER 1- BERMULANYA DI SINI...

"Hana.. Kau nak buat apa lepas SPM ni?" Zani bertanya padaku. Aku yang sedang duduk membaca buku sains tambahan berpaling padanya.


"Aku? Aku ingat nak amik course memasak lah.. Seni Kulinari.." Zani menagangguk.


"Aku ingat kau nak jadi cikgu English, yelah.. English ko kan terbaik..." Zani tersengih pada aku..


"Memanglah.. tapi minat aku lebih kepada memasak. Kau pulak?"


"Aku? Aku ingat nak masuk kursus business management. Kau kan tahu, aku suka bab-bab business ni.."


"Haha.. Kau memang. Sama-samalah kita berdoa kan? Agar course yang kita pilih ni dapat kita capai sebagai cita-cita kita..."


Aku mengangguk dan tersenyum memikirkan tentang course seni kulinari yang akan ku pilih selepas tamat SPM nanti..


WOI!!!!

"Mak kau! Aish...." Hana menjeling ke arah rakannya, Fariz yang kini tersengih ala kerang busuk setelah menyergah dirinya yang sedang berada di alam fantasi.

"Tu lah.. Berangan je. Tengok tu, jerawat pun jadi banyak nanti.." Fariz menyengih sambil mengambil tempat di hadapan Hana.

"Kau ni.. Aku baru je tengah mengimbas masa lalu aku, sibuk jer.." Hana protes. Dia sedang sedap melayan mimpi apabila si Fariz datang mengacau.

"Tak payah mimpi sangatlah. Belum tentu jadi pun.. Yang jadi jerawat je.." Hana menjeling ke arah Fariz. Fariz tidak mempedulikan jelingannya. Dia hanya memandang pada sekeliling.

Ramai pelajar yang berada di perpustakaan hari ini. Peperiksaan akhir makn hampir dan semua rakan-rakan mereka yang berada di dalam kursus yang sama sibuk mengulang kaji.

"Eh.. aku ingat nak buat group studylah macam sem 1 dulu. Kita dah lama tak buat group study kan?" Fariz mencadangkan kepada Hana yang sedang membelek buku mengenai masakan Thailand.

"Boleh je.. Lagipun lecturer kita kan banyak yang sibuk dengan kertas soalan. Chef Aliana dengan Chef Jasmine dah buat Revision kitchen dah minggu lepas.. Ko ajaklah yang lain sekali.."

Hana meyelak lagi buku di hadapannya.

"Kalau ko okay, ak pun okay. Nanti aku cuba bgtau diorang okay? Kau pun... ajaklah Nadia dengan Zana sekali."

"Okay..Bila ko nak buat?"

"Aku ingat sabtu ni, sebab sabtu depan kita ada event, lagipun minggu depan dah nak dekat exam kitchen kita..."

"Hurm.. Rasanya aku free sabtu ni, tapi xtaulah diorang. Nanti aku call okay?"

Fariz mengangguk.

"Eh.. jom makan. aku laparlah.." Fariz memandang ke arah Hana dengan mukanya yang lapar.

"Lah.. Ko tak makan ke tadi? Ak ingat ko dah makan dengan Mira tadi.." Hana mengangkat kepala memandang kepada Fariz.

"Itu dengan Mira. Sekarang aku nak makan dengan ko plak. Makan dengan dia x bestlah. Makan tu gemuk, makan ni gemuk.. Nk makan pun susah..."

Hana menggeleng kepala..

"Yelah.. Jom.. Karang kalau ko mati kelaparan kat sini, aku jugak yang dipersalahkan.. Lagipun aku tak minum petang lagi..." Hana berkemas. Dia bangun dan meletakka kembali buku tadi ke rak buku berhampiran dengan tempat duduknya.

'Dah.. Jom..." Fariz bangun dengan senyuman tersembunyi dan berjalan bersama Hana keluar dari library untuk minum petang..

Novel 4-Kulinari Cinta Kimchi..(Prolog)

Ms Novelist say : Thanks For reading!



PROLOG
Langit di luar semakin gelap. Aku segera keluar ke balkoni untuk mengangkat baju yang disidai petang tadi.

"Aish.. Baru je sidai tadi... Dah kene angkat pulak.. Kacaulah hujan ni.."
Aku segera mengangkat kesemua kain yang disidai dan letakkannya di dalam bakul. Aku menyorong bakul baju yang separuh basah itu ke dalam rumahku.

"Ish.. kalau tau petang ini hujan, taklah aku plan nak basuh baju banyak-banyak.." Aku mengeluh sambil menongkat dagu. Pandanganku teralih pada bakul yang berada di tepi sofaku.

Hurm...
Aku mengeluh lagi. Ternyata kepenatan ini sungguh ketara, lagi-lagi selepas segala kerja kursus semester akhir ku sudah berakhir.

Fuh~ rasa lega sikit bila dah siap..

"Neo gateun sarang tu eopseo.."


Handphone ku berbunyi lagu No Other daripada Super Junior. Aku menjeling untuk melihat siapa yang menelefon aku. Senyuman terukir lebar apabila ku melihat nama Ji Eun pada skrin.

"Annyeong, Jieun.." Ak menyapa Ji Eun menggunakan bahasanya. Suara comelnya di talian membuatkan mood aku yang kurang baik tadi pulih semula.

"Annyeong, unnie.. Unnie masih di apartment ke?" Jieun bertanya padaku. Jieun setahun muda daripadaku tapi dia panggil aku Unnie yang bermaksud kakak.

"Ya.. Kenapa Jieun?"

"Oppa, balik dari US harini. Unnie nak ikut kami jemput Oppa tak?" Jien bertanya kepadaku.

"Pukul berapa Oppa sampai nanti?" Aku melihat pada jam dinding. Jam menunjukkan pukul 2 ptg.

"Dalam setengah jam lagi.. Jomlah unnie.. Oppa mesti rindu Unnie.."

Aku terdiam,teringat kisah kami berdua. Pipiku terasa panas mengenangkan senyuman manis dan lirikan mata lelaki yang berjaya mencuri hatiku itu.

Aik? jiwang pulak?

"Jomlah Unnie.." Jieun merengek.

"Tapi..."

"Takde tapi-tapi..Unnie mesti ikut, kalau tak, Oppa akan masuk tingkap apartmen Unnie macam dia buat dulu...haha.. Pilihan Unni..."

Aku terbayang waktu itu..

Ish... Xnk aku.. tetibe saje ad orang masuk ke dalam rumahku...

"Okay... Unnie ikut, Taknak Unnie tengok Oppa kau masuk rumah ikut tingkap lagi..."
Suara ketawa Jieun menandakan yang dia cukup berpuas hati..

"Okay.. Jumpa Unnie dalam setengah jam lagi... Anneyong~"

"Annyeong~" Talian telefon dimatikan. Aku bangun dan melihat ke arah bantal peluk berwarna merah yang diberi oleh dia..

Layakkah aku untuk dia?
Masih adakah ruang hatinya untukku bertandang setelah apa yang berlaku?